Posted by : Unknown
Rabu, 12 Desember 2012
FATWA-FATWA
IMAM SYAFI’I YANG PERLU DIKETAHUI
http://feehas.wordpress.com/2011/11/07/fatwa-fatwa-imam-syafi%E2%80%99i-yang-perlu-diketahui/
November 7, 2011 1:08 am
Ramai yang
mengaku bermazhab Syafi’e dan mengakui mengikuti serta mempraktikkan Islam
berdasarkan istinbat hukum oleh imam asy-Syafi’i. Namun, hakikatnya, ramai yang
keliru kerana banyak fatwa-fatwa imam asy-Syafi’i
yang tidak kita ketahui malah kita mengabaikannya. Padahal semua fatwa-fatwa
itu adalah sangat penting dan berkaitan sekitar isu aqidah dan persoalan
i’tiqad. Dengan itu, sama-sama lah kita teliti semula beberapa fatwa-fatwa
beliau tersebut dan sama-sama kita muhasabah diri.
Fatwa-fatwa ini
hanyalah sebahagian kecil dari sejumlah fatwa atau pendapat imam asy-Syafi’i
sahaja. Ianya diambil daripada buku/kitab berjudul “Manhaj Imam
asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah”,
karya/susunan Dr. Muhammad bin Abdil-Wahab al-’Aqil.
Sama-sama kita teliti,
1 – MERATAKAN KUBURAN
Imam asy-Syafi’e
rahimahullah menyatakan:
“Saya
suka kalau tanah kuburan itu tidak ditinggikan dan selainnya dan tidak
mengambil padanya dan tanah yang lain. Tidak boleh, apabila ditambah tanah dan
lainnya menjadi tinggi sekali, dan tidak mengapa jika ditambah sedikit saja
sekitar. Saya hanya menyukai ditinggikan (kuburan) di atas tanah satu jengkal
atau sekitar itu dari permukaan tanah”.
(Syarah Muslim
2/666, Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/257)
2 – HUKUM MEMBANGUNKAN
BANGUNAN/BINAAN DI KUBURAN
“Saya
suka bila (kuburan) tidak dibuat binaan dan bangunan, kerana itu menyerupai
penghiasan dan kesombongan, dan kematian bukan tempat bagi salah satu dari
keduanya. Dan saya tidak melihat kuburan para sahabat Muhajirin dan Anshar
didirikan sebarang binaan. Seorang perawi menyatakan dari Thawus, bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang kuburan
dibinakan binaan atau ditembok. Saya sendiri melihat sebahagian penguasa di
Makkah menghancurkan semua bangunan di atasnya (kuburan), dan saya tidak
melihat para ahli fikih mencela hal tersebut. (al-Umm 1/277. Manhaj Imam
asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/258)
3 – HUKUM MEMBINA MASJID DI TEMPAT
YANG ADA KUBUR
“Saya
melarang dibinakan masjid di atas kuburan dan disejajarkan atau dipergunakan
untuk solat di atasnya dalam keadaan tidak rata atau solat menghadap kuburan.
Apabila ia solat menghadap kuburan, maka masih sah namun telah berbuat dosa”.
(al-Umm 1/278. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/261)
4 – PERSOALAN FITNAH KUBUR
“Sesungguhnya
Azab kubur itu benar dan pertanyaan malaikat terhadap ahli kubur adalah benar.”
(al-I’tiqad
karya Imam al-Baihaqiy. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/420)
5 – PERSOALAN HISAB, SYURGA,
DAN NERAKA
“Hari
kebangkitan adalah benar, hisab adalah benar, syurga dan neraka serta selainnya
yang sudah dijelaskan dalam sunnah-sunnah (hadis-hadis), lalu ada pada
lisan-lisan para ulama dan pengikut mereka di negara-negara muslimin adalah
benar.”
(Manaqib
asy-Syafi’i, karya Imam al-Baihaqiy, 1/415. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat
al-Aqidah, 2/426)
6 – BERSUMPAH DENGAN NAMA SELAIN
NAMA ALLAH
“Semua
orang yang bersumpah dengan nama selain Allah,
maka saya melarangnya dan mengkhuwatirkan pelakunya, sehingga sumpahnya itu
adalah kemaksiatan. Saya juga membenci bersumpah dengan nama Allah dalam semua keadaan,
kecuali hal itu adalah ketaatan kepada Allah, seperti berbai’at untuk berjihad
dan yang serupa dengannya.”
(al-Umm 7/61.
Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/271)
7 – PERNYATAAN TENTANG
SYAFA’AT
“Beliau
(Rasulullah s.a.w.) adalah manusia terbaik yang dipilih Allah untuk
menyampaikan wahyu-Nya lagi terpilih sebagai Rasul-Nya dan yang diutamakan atas
seluruh makhluk dengan membuka rahmat-Nya, penutup kenabian, dan lebih
menyeluruh dan ajaran para rasul sebelumnya. Beliau ditinggikan namanya di
dunia dan menjadi pemberi syafa’at, yang syafa’atnya dikabulkan di akhirat.”
(ar-Risalah
12-13. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/291)
Beliau juga
menyatakan tentang syarat diterimanya syafa’at:
“Semalam
saya mengambil faidah (istimbath) dari dua ayat yang membuat saya tidak
tertarik kepada dunia dan yang sebelumnya. Firman Allah: “…Dia bersemayam di
atas ‘Arsy (singgasana) untuk mengatur segala urusan. Tiada seorang pun yang
akan memberi syafa’at kecuali sesudah ada keizinan-Nya….” (Surah Yunus, 1O: 3).
Dan
dalam kitabullah, hal ini banyak: “Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi
Allah tanpa izin-Nya?” (Surah al-Baqarah, 2: 256) Syafa’at tertolak kecuali
dengan izin Allah.” (Ahkamul Qur’an 2/180-181. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat
al-Aqidah, 1/291)
8 – PENDIRIAN BERKENAAN ASMA’ WA
SIFAT ALLAH
Imam
Syafi’e rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali
bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:
“Bagi-Nya
dua tangan sebagaimana firman-Nya: (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan
Allah terbuka. Bagi-Nya tangan sebagaimana firman-Nya:
Langit
digulung dengan tangan kanan-Nya. Allah mempunyai wajah sebagaimana firman-Nya:
Setiap sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya. Baginya kaki sebagaimana sabda
Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan KakiNya. Dia mempunyai jari
sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).
Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana
dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang
semisal dengan-Nya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)”.
(Lihat:
I’tiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik
wa Syafi’e wa Ahmad, m/s. 46- 47, Cetakan pertama, 1412 -1992M. Darul ‘Asimah
Saudi Arabia)
Imam Syafi’e
seterusnya menjelaskan:
“Dan
Allah Ta’ala di atas ‘Arasy-Nya (Dan ‘Arasy-Nya) di langit”. (Lihat: I’tiqad
Aimmah al-Arba’ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa Ahmad, m/s. 40)
Imam Syafi’e
seterusnya menjelaskan lagi:
“Kita
menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang
didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentangNya dari sunnah,
kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya
sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)”.
(Lihat:
I’tiqad Aimmah al-Arba’ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa Ahmad, m/s. 42)
Imam
Syafi’e telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
“Sesungguhnya
Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.
(Lihat:
I’tiqad Aimmah al-Arba’ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa Ahmad, m/s. 47)
Berkata Imam Syafi’e
rahimahullah:
“Sesungguhnya
Allah di atas ‘Arasy-Nya dan ‘Arasy-Nya di atas langit” (Lihat: Iktiqad Aimmah
al-Arba’ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 179)
Ibnu
Taimiyah, Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Syafi’e ada kesepakatannya dalam
meyakini tentang turun-naiknya Allah iaitu berlandaskan hadis:
“Tuhan
kita turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga
dari akhir malam, maka Ia berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku perkenankan,
sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang meminta keampunan akan
Aku ampunkan”. (H/R Bukhari (1141), Muslim (758), Abu Daud (4733), Turmizi
(4393), Ibn Majah (1366) dan Ahmad (1/346))
9 – SIKAP IMAM ASY-SYAFI’E TERHADAP
SYI’AH
Dari
Yunus bin Abdila’la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi’i, apabila
disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan
berkata: “Kelompok terjelek! (terhodoh)”.
(al-Manaqib,
karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
“Saya
belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi/bersumpah palsu
(berdusta) dari Syi’ah Rafidhah.”
(Adabus
Syafi’i, m/s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra,
10/208. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
“asy-Syafi’i
berkata tentang seorang Syi’ah Rafidhah yang ikut berperang: “Tidak diberi
sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa’i
(harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang
sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri
ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari
kami”. (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian,
tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa’i).” (at-Thabaqat, 2/117. Manhaj
Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/487)
10 – SIKAP IMAM ASY-SYAFI’E
TERHADAP KAUM (ORANG-ORANG) SUFI
“Seandainya
seorang menjadi sufi (bertasawwuf) di pagi hari, niscaya sebelum datang waktu
Zuhur, engkau tidak dapati ia, melainkan telah menjadi orang bodoh.”
(al-Manaqib lil Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah,
2/503)
“Tidaklah
seorang sufi menjadi sufi, hingga memiliki empat sifat: malas, suka makan,
sering merasa sial, dan banyak berbuat sia-sia.” (Manaqib lil Baihaqiy, 2/207.
Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504)
“Asas
tasawwuf adalah kemalasan.” (al-Hilyah 9/136-137. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi
Itsbat al-Aqidah, 2/504)
saudaraku
semuanya, catatan ini, adalah saya nukil, jika ada yang kurang berkenan, jangan
salahkan saya, Ya Allah amunilah hamba jika salah dan hilap…………….
Sumber :
https://www.facebook.com/notes/enk-lombok/fatwa-fatwa-imam-syafii-yang-perlu-diketahui/152740908127962?ref=notif¬if_t=note_tag
-6.866667
109.133333
Diberdayakan oleh Blogger.